Ahad, 12 Ogos 2018

Kek brownies sedap!


Bismillahirrahmannirrahim
Assalammualaikum..

Morning pepagi ni miera dapat ilmu, cara nak buat kek brownies..
Selalu nk makan kena beli kan, kali ni miera belajar dari Cikgu Alia seorang guru di pusat2 permulihan..
In syaa allah semoga resepi yang diberi ini  menjadi pendapatan yg lumayan buat kawan2 serta miera sekeluarga.. aamiin

Actually kelas yg miera join ni berbayar, tapi miera nak kongsikan bersama kawan2 yang sedang belajar nak cari pendapatan , miera kasi free jer, harap2 bermanfaat buat kawan2 semua πŸ˜‰

Ah sudah..panjang plak bebelnye.. jab lagi dah nk nk bukak gerai plak..

Ok kita start now la
Salam semua, ini sy bg resepi brownies ya..πŸ‘‡
Dark chocolate (sy pakai brand beryls comfem sedap and harga pon tak brp nk mahal, for 1kg)
*jgn pakai milk compound sbb rasa sgt berbeza
*kalau nk pakai yg milk boleh tp make sure cmpur dgn yg dark choc juga
Butter (yg ni terpulang boleh pakai buttercup atau nak lg sedap boleh pakai pure butter)
*sy pakai both.. scs butter hrga jualan mahal sikit/buttercup sy jual 9" rm35
*rasa scs lg sedap berbanding buttercup, tp x jauh beza sgt. Both ok and both customer banyak repeat order.
Brown sugar
Telur gred A/C
*kalau A 2 biji saja untuk 1 adunan loyang 9" / kalau c 3 biji
Self raising flour
Serbuk koko (serbuk koko ada bnyk jenis. Nak jual harga premium boleh pakai brand van houten. Sy pakai brand biasa saja yg dok juai kt kedai bakery)
Untuk topping terpulang nak letak apa
Contoh : almond
Nutella
Salted caramel
Peanut
Dan apa2 ja yg uolls suka..

Resepi
Dark choco 200gram
Butter 100gram
*satukan dan double boile sampai cair
*sy masuk microwave/oven ja senang dan mudah
Brown sugar 150gram
Telur gred A 2 biji / gred C 3 biji
*satukan dan mixer@kacau sampai berbuih
Serbuk koko 3 sudu besar
Self raising flour 140gram
*satukan





Satukan cjoc and butter, double boil sampai cair ( sy masuk oven ja, @ microwave)

Bekas lain masuk brown sugar + telur, mix sampai bebuih, xda mixer pakai senduk kayu/whisk n kacau sampai telur n gula sebati berbuih

Macam ni πŸ‘†

Coklat + butter td dah siap cair kacau sebati

Pastikan coklat masih panas terus tuang ke dalam bekas telur dan gula td, kacau sebati jangan lama, cukup sekadar sebati

Kemudian masuk tepung dan serbuk koko, kacau kaup balik sampai sebati, jgn kacau lama

Masuk baking paper, kemudian tuang adunan dlm loyang 8/9 terus bakar, rak bawah ,api atas bawah 150' selama lbh kurang 25 hingga 40 minit bergantung oven masing2
Bakar 25-30 minit bergantung oven masing2. Dah siap buka pintu oven sikit dlm 10 minit, biar sejuk dlm oven. Potong selepas brownies sejuk








Contoh hiasan brownies


Ok untuk cut kek kita yang dah siap, pastikan kek dah sejuk baru potong yer..klu x habis la kedut2 πŸ˜‚






Ok sampai disini saje tutorial brownies kek 😍

Ada masa lagi miera akan sambung dengan resepi yang lain pulak yer 😘😘

Promote sikit.. Kalau ada yang x pandai nk buat kek nak cepat nak mudah, beli jer kat miera tepung kek segera macam2 ada, 


boleh terus hubungi miera 
019-8282927- miera

Semoga maju jaya πŸ€—

Assalammualaikum😊 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan