Khamis, 16 Ogos 2018

HOKAIDO BREAD

*Hokkaido bread*
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

BAHAN-BAHANNYA :-)

2 cawan tepung roti (high protein flour) jenama diamond / prima xkisah.

1/4 cawan tepung kek.

30 g telur (1 biji telur, dikocok, kemudian timbang 30 g)

1/2 cawan susu segar

70 ml whipping cream

3/4 camca teh garam

2 1/2 camca besar gula halus

1 1/2 camca besar susu tepung

1 1/2 camca teh instant yeast. Lia suka pakai brand saf.

1/2 camca teh bread improver*

10 g cream super (rahsia roti gebu gebas cepat naik doh) 🤭

Tepung roti, pakai tepung prima untuk teksture roti yg cun, kalau buat donut pula..pakai jenama diamond sbb rase msa menggoreng tu die kurang mudah itam tp masak. Compare brand prima.. kena cecepat paling takut tergelap donut big apple ku😘

Telur timbang 30g

Tepung kek
Hokkaido bread
~•~•~•~•~•~•~

CARA :-)

Satukan tepung roti, tepung kek, susu tepung, bread improver / crean super, garam dan gula halus, gaul rata. Buat lubang ditengah2 tepung.
Satukan susu segar bersama yeast, kacau hingga larut, tuang dalam tepung bersama2 telur tadi. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah whipping cream dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan anjal (elestik). 

Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan tutup dengan plastik cling. Biar 45 minit hingga doh jadi 2 x ganda..


*KAEDAH LAIN* 👇

Masukkan semua bahan di atas ke dalam breadmaker (anak Dara jepun lia panggil) 🤭, pilih setting untuk doh, tekan "on" dan biar hingga doh siap...

Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Uli 5 minit, kemudian gulung seperti swissroll (ikut saiz loaf tin masing2)...Alihkan ke dalam loaf tin yang telah disapu mentega pada dasar dan tepi tin. Sais tin loaf xkisah... Biasenya guna loaf tin berukuran (9 x 4 x 3.5) inci. Tutup dengan kitchen towel dan biar 45 minit - 1 jam.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 - 30 minit. 

Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Keluarkan dari tin dan biar sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.
Sesuai juga untuk dibuat sandwich atau dimakan bersama jem dan seri kaya....air kopi/teh jangan lupa yeaaa!!!!😉

Roti Hokkaido yg siap d make up dgn snow powder / gula icing

Berat Dan sais doh terpulang kpd u ollz... Biasa timbang 20-30g doh mengikut besar loyang. 

Canaikan doh memanjang Dan susun berdepan2 mcmni. Xmo susun berdepan pn bole... Just buat bun bulat atau memanjang je pn ok.. Ikut kreativiti msg2 😊 wet


Tin loaf. Bentuk lain pn boleh.. slalu pkai yg ni😅 loyang bole.. terpulang kretiviti msg2😉

Masukkan semua bahan mengikut turutan cara pembuatan bahan di atas 👆🏻 kedalam bread maker

Mulakan dgn CECAIR... BAruuu didikuti dgn bahan kering ya jika guna bread maker 😉
Switch on suis.. Tekan MENU sehingga nombor 10, DOUGH (1:30). Tekan PAUSE/STOP pada masa nombor d skrin menunjukkn angka 0.43 -> 0:46 (supaya doh x terlalu kembang mambang dlm bread maker)🤭


Selesai menguli mnggunakan khidmat anak Dara jepun 🤭 bread maker...,  keluarkan doh TD...  

Tumbuk2 hempas2 manja doh tadi d atas meja... 

Timbang doh utk mndapatkan berat doh yg sama & anggara kuantiti yg boleh d perolehi dgn 1 adunan 500g tepung ☺

Tggu doh naik sekali ganda... Lpstu sedia utk dbakar & makan 😘


Selamat mencuba 😍😍

Tiada ulasan:

Catat Ulasan