Jom nak sharing resepi red velvet mengancam ni, semoga bermanfaat untuk semua 😊
*
Resepi red velvet*
250g butter
200g gula icing
225g self raising flour
2sb serbuk koko
3bj telur ayam GRED A
1 cup yogurt (kisar halus)
1 sk esen
1 sb pewarna merah
STEP 1
Mix gula icing dan butter sampai putig dan gebu, kemuduan masukkan telur 1 per 1 dan mix lagi
STEP 2
Selepas sebati, masukkan pewarna merah dan esen vanila
Untuk dapatkan warna yg cantik pakai pewarna yg berkualiti ,tp nak pakai yg biasa pon boleh (kalau yg biasa ada jual di bakery yg murah harga below rm2 tu pakai 2 sudu besar baru warna cantik)
STEP 3
Selepas itu, masukkan campuran self raising flour dan serbuk koko berselang selu dgn yogurt. Kacau pakai senduk @ spatula secara kaup balik.. kacau 1 arah sahaja (afdal arah lwn jam a.k.a tawaf sambil selawat 🤭)
€ bakar loyang bulat sais 6-8" selama 30-45 minit bergantung kepada oven msg2. Suhu 180^
Kalau pakai loyang petak sais 9" .... suhu 180^ 30-35 minit bergantung pada kesesuaian oven masing2
STEP 4
Selepas masak , sejukkan dan potong menjadi 2 layer, yg x confident nak potong, boleh bakar 2 kali
Maksudnya 1 adunan bahagi kepada 2 masak 1-1
Atau x mau potong pon boleh, ikut kretiviti masing2
Klau x potong... rupanya mcm ni
*Resepi topping lepa/hias kek*
250g cream cheese
100g icing sugar
2 cawan non dairy whip cream
STEP 1
Mix cream cheese dan icing sugar kembang dan putih
Dalam bekas lain mix non dairy whip cream sehingga kental, terbalik adunan x jatuh (mix kelqjuan maximum 3-4 minit)
kemudian campurkan kedua2 dan mix dalam 10 second
*boleh pakai vivo jgk untk ganti non dairy whip cream. Sy pakai vivo
Siap. Boleh sapu dekat atas kek. Atau nak lepa kek. Boleh ikut kretiviti masing2
If nak lepa sebiji kek macam ni, letak kek atas papan kemudian sapu nipis adunan. Kemudian masuk peti ais 2-3 jam. Keluarkan kemudian sambung lepa.. untk lepa kali kedua letak adunan sedikit tebal, lepa menggunakan scrapper. Dan kalau nak senang lepa kena pakai rotating cake stand
Scapper mesti tegak masa lepa kek..
Contoh untuk kek loyang petak 9"
Crumble atas tu boleh potong nipis atas kek yg dah siap bakar and jadikan crumble untuk hiasan
Boleh juga buat cup cake red velvet
1 cup tu👆
Nak buat jual small portion cmni pun boleh
Nozel nk buat bunga ros boleh pakai antara 2 ni.
Ingt aee.... Kalau kek nak buat sebiji besar tu lepas 30 minit baru bkk oven sedikit n cucuk lidi untuk cek. Kalau keluar tu licin dh masak..
Untuk small pac atau cupcake lepas 15minit cucuk untuk cek..
https://youtu.be/jtGaOcXYmHA
Cheese leleh
250g cream cheese
1/2 cwn susu pekat
1 cwn susu cair@susu segar
Kukus 15minit api sederhana
Kalau kukus LG moist🤤 esp dlm bekas kecik tu mmg xleh masuk oven
Kaler sugested
Red velvet choc
Red velvet yg da siap deco untuk tempahan
OK alhamdulillah selesai😊... OK jwb soalan ... Bread improver ade Jual kt kdai bakeri sis. Cream super agen shj Jual... Xde kt kdai. Tp hasilnya mmg mantoppp cenggini 👍👍
Nak buat roti, creampuf, donut, pizza, mmg best. Doh naik gebu. Kembang mambang fuh🤤🤤
Bahan pn halal
Ok selamat mencuba semua 😍😘
Assalammualaikum