Selasa, 28 Februari 2017

BLUEBERRY CHEESE TART step by step

Assalamualaikum....

Bertemu sekali lagi kita di hujung minggu...  Sekali lagi kita bertemu dalam ruangan step by step. Kali ni miera nak tunjukkan cara2 tuk buat cheese tart. Atas permintaan adik2 kita kat luar sana akak ambil kesempatan tuk tunjukkan step by step membuat cheese tart. Sebenarnya bukan mudah nak buat step by step ni sebab miera sesorang kan mana nak buat adunan dan mana pula tangan yg nak pegang camera.. hihi tapi kerana adik akak kat luar sana minta tunjukkan cara2nya  akak buatkan juga lah cara2 macam mana akak buat cheese tart ni.. semoga apa yg akak tunjukkan ini sedikit sebanyak dapat membantu adik2 kita yg gemarkan cheese tart ni... sama macam akak juga.. >^<

Kali ni ita gunakan resepi dari Azlita. Resepi dari Azlita ni sangat sedap dan cukup simple cara buatnya.. ok tampa buang masa kita kedapur dan lihat bahan2 yg diperlukan.

Sebelum kita buat Cheese tart kita sediakan dulu bahan2 tu buat Shell atau crust dia dulu

170gm marjerin atau butter

50gm gula aising

1 biji telur Gred C

290gm tepung gandum

1 sudu kecil esen vanilla

acuan tart

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese. 

 Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an tuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.
Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi. 

Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tat kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan  pula bahan2 tuk membuat cheese dia pula.

250gm cream cheese

50gm gula kastor / gula halus

1 biji telur Saiz B

½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.

Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.

Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.

Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
tambahan : ita bakar api atas bawah tapi ita letak dekat rak bawah. 

Untuk resepi ni, 1 adunan shell ita dapat buat dalam  40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.
Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.
Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese

Cheese tart yang telah siap di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk ketahanan yg lebih lama... Selamat Mencuba!

CREAM PUFF PALING LEMBUT,GEBU & SEDAP!

Assalamualaikum..Haaa.. teman nak share resepi Cream Puff ni pulak.. huhu.. bukan teman yang punya resepi tauu.. teman cuma copy n paste aje kat blog ni sebab nanti senang nak tengok balik kalau nak buat nanti..heee.. bila la nak membuatnya kot.. oven pun tak beli lagik.. guna Pemanggang Ajaib buleh kaaa?? Ok, jom tengok Resepi Cara buat Cream Puff yang sedap gebu lembut ni.. insyaallah jika guna teknik yang betul cream puff akan naik gebu... Resepi ini dr myresepi juga oleh zaliana untuk puff dan filling dari yani (myresepi) barakallahu fik...

Resepi dari Facebook
Tahrunnisah Jali

Bahan-bahan puff 

( menghasilkan 35 biji )

125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder

100 gm butter

250 ml air 

1 sudu teh gula 

1 sudu teh esen vanila

3 biji telur (telur ni kalau saiz L 3 biji tp kalau saiz kecik jadikan 4 biji)

Bahan-bahan untuk filling Kastard

(dibuat terlebih dahulu sblm puffnya)

2 sudu besar tepung gandum*

2 sudu besar tepung jagung*

8 sudu besar gula*

2 cup susu segar (240ml X2)

2 biji telur (L size)

1 sudu teh esen vanila

2 sudu besar mentega

secubit pewarna kuning

Cara-cara utk filling

1.Masukkan bahan bertanda * ke dalam mangkuk. Masukkan 5 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.

2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan 

kacau.

3. Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk... masak menggunakan api sederhana dan kacau supaya ia tidak berkerak dan hangus...masak sehingga ia pekat berkilat dan padam api.. masukkan mentega. Kacau

4. sejukkan filling sebelum dimasukkan ke dalam piping bag..

Cara-cara untuk buat puff

1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih. Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Masak adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.Sejukkan

2. Pukul semua telur dlm bekas lain terlebih dahulu. saya guna pemukul tangan Adunan tepung tadi pula letak dlm bekas lain (tgok gambar) kemudian masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan tepung ..mix sebati.

3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang

4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 25-30 minit. Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 200 darjah celcius api atas bawah. kedudukan dulang biarlah ditengah2 supaya permukaan dan bawah cream puff sekata masaknya dan suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. 

5. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya. jangan bukak oven sebelum tamat tempoh ye..kalau tak mmg puff turun melepek...

6. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan filling

Kalau Tak Paham Gak, Jom Tengok Gambo aje.. kat bawah nya ada penerangan sekali..

 bahan untuk filling kastard 

 masak atas dapur je kacau selalu ye...supaya tidak berkerak dan hangus

 Bahan utk puff pula 

 gula, butter dan air masak hingga mendidih

setelah mendidih adunan butter masukkan adunan tepung ..alihkan dr api kacau hingga ia sebati... 

setelah sebati alihkan semula ke tempat api ..masak sekejap sehingga jd mcm dlm gambar ni.. masak kejap je 

pukul terlebih dahulu telor2 ni..saya guna pemukul tangan je 

 masukkan adunan tepung yang telah dimasak tadi dlm bekas mixer dan masukkan telor sedikit demi sedkit..masukkan esen vanila dan pukul sehingga sebati 

 hingga menjadi mcm ni 

 dlm dulang pembakar letakkan aluminium foil dan oleskan dgn sedikit butter ... 
masukkan butter tuk puff dlm piping bag dan juga filling kastard dlm piping bag.. 
sebelum tu panaskan oven selama 10 minit 200cc

 Bentuk Noozle

 nampak muncung2 puff tu kan...tekan sikit supaya hasilnya nanti pun cantik

 kemudian spray ke atas puff tadi..
spray dgn air utk membantu proses pengembangan yang baik masa bakar

 sblm pembakaran

 setelah masak 

 Kegebuan teserlah..

 nilah hasilnya dlm puff berlubang

 gunting sikit puff dan masukkan filling kastard

Resepi dari Facebook
Tahrunnisah Jali

Pssrttt... Banyak giler resepi best2 untuk dicuba dekat FB belaiu..
jom terjah.. Opss.. kalau korang terkejut beso dengan apa jua yang beliau masak tu, 
memang patut pun.. sebab .. kemas dannn.. nampak lazat yoooo.. slurppp... 
-------------------------------------------------------

TEPUNG KEK SEGERA

Assalammualaikum..w.b.t

Kami pengedar tepung kek segera, bagi memudahkan pengguna, dijamin SANGAT SEDAP!

Nak lebih detail ,jom join page kami👇
https://www.facebook.com/RNS-PengedarTepung-Kek-Segera-1249669091819872/

Sejujurnya anda seorang yang x pandai masak kek or biskut?? Dengan menggunakan tepung kami,Secara automatik anda akan dapat berpengalaman memasak seperti seorang yg sudah pro di dapur 😄.

Dulu miera pun x pandai buat kek,
Tp sebab terjebak dengan tepung2 ni semua, minat tu datang sendiri, suami pun puji taw, siap buat kek birthday suami lagi taw 😂😂 ,
Nk tengok?? Pink2 g2 🍰 jab ag tengok kat bawah yer, hasil tepung kek red velvet.
Deko tu main deko je hihi ..boleh la

First time buat kek sendiri ni 😉

PEKASAM DAGING,IKAN PALING SEDAP

RASAI KEENAKKAN PEKASAM SEMUDAH 5 MINIT JER?
.
.
.
.
.
Ini Bukan PEKASAM Biasa-Biasa Taw, Ini PEKASAM DAGING No.1 MALAYSIA Dan PEKASAM IKAN LAMPAM Yang Sangattttt SEDAP!

Macam Tak Percaya Kan? Tapi uolls Kena La Percaya.. Kalau Tak, Takkan La Dato' Aliff Terlajak Laris Pun Makan Pekasam Daging Al-Jeden.
.
.
Menggunakan Daging Gred Terbaik Dan Diperap Sempurna Secara Tradisional Menjadikan PEKASAM DAGING Al-Jeden Terasa Begitu ENAK, LAZAT Dan LEMBUT Hingga Kesuapan Yang Terakhir.. Perghh!!!

PEKASAM IKAN LAMPAM Pula, Kami Hanya Menggunakan Ikan Lampam TERBAIK Dan Pastinya Bila Digoreng.. Ikannya TIDAK HANCUR Dan Rasanya Yang Amat Membuka Selera.. Fuhhhh!!!!
.
.
" Akak nak bgtau ni, abis diet akak gara-gara pekasam daging ni. Tak cukup sepinggan sekali makan. Dagingnya yang lembut, waima orang tua takde gigi pun boleh makan" - Puan Lina, Sarawak.
.
.
" Aritu beli 7 bekas, bahagi dengan kawan. Sekali masak je. Tak dan nak cuba resepi lain. Memang SEDAP! Tak boleh berenti makan " - Puan Azy, Sabah
.
.
" Siap ada RESEPI.. Memang sangat2 memudahkan bagi kami nak masak " - Puan Ayu, Melaka
.
.

Produk MUSLIM Dan Asli Dari Baling, Kedah. Dah Pastinya BERSIH Dan HALAL
.
.
Memang Kena Cuba!
Dah Cuba Confirm Repeat Order Berkali-kali. Menyesal Tak Oder Awal - Awal Sebab Sedap Gilerrrrr....!!
.
.
ORDER SAHAJA DENGAN KAMI SEKARANG
.

#PEKASAMDAGINGNILAI

WHATSAPP KE 0143302311 Untuk PROMOSI HEBAT!
WHATSAPP KE 0143302311 Untuk PROMOSI HEBAT!
WHATSAPP KE 0143302311 Untuk PROMOSI HEBAT!

ATAU

BOLEH JOIN GROUP DI TELEGRAM 👇

telegram.me/pekasamSedapKemain

#PEKASAMIKAN
#PEKASAMDAGING
#DAGINGKUALITITINGGI
#IKAN
#DAGING
#SEDAP

DIM SUM halalan thayyiban

Assalamualaikum semua...

Kami menjual produk sejukbeku iaitu frozen dimsum, produk keluaran 100% bumiputra, bersih dan bebas dari sebarang enzim2 haram.

Tiga perasa adalah ketam, udang dan ayam, di bungkus khas dgn bekas yg tahan panas, utk memudahkan ianya dikukus utk dimakan, sos istimewa juga disediakan.

Kami menyediakan penghantaran sekitar lembah klang dgn kadar yg minimum, dan kami juga sedia memenuhi tempahan utk majlis2 keraian, hi tea, low tea, kahwin, dinner, booth, dan sewaktu dengan nya.

Kami juga mencari mereka2 yg berminat utk menjual produk ini, sama ada sebagai ejen, dropshipper, usahawan, usahawani dan lain2 utk menambah pendapatan dikala zaman yg mencabar ini.

Harga yg kami tawarkan utk anda mencuba produk ini adalah rm25 perpack, manakala utk   pembelian diatas 10 pack akan diberikan harga diskaun.